Episod 3..
Adafie sedang leka melayari internet di lab kolejnya. Dia sibuk mencari bahan-bahan yang sesuai untuk menyiapkan tugasan yang diberi oleh pensyarah pagi tadi.
"Hah, adik akak tengah buat apa tu?"
"Hishh, Harni ni suka sangat terkejutkan orang macam ni. Jangan lah panggil saya adi, malulah. Oh ye, Harni ada ambik subjek web Disigning and publishing dulu kan ? Harni ada software Macromedia boleh pinjam tak.?"
" Boleh, esok Harni bagi Epi okay. Laman web apa yang Epi nak bangunkan.?"
"Saya cadang nak buat laman web tentang kartun tv. Saya kan peminat komik..."
"Boleh Harni tahu kartun apa yang Epi nak buat?"
"Dalam fikiran say sekarang ni ada dua. Antara siri kartun Pokemon atau Doraemon."
" Doraemon? Yang ada watak Nobita , Suzuka dan Sunyo tu kan?Harni pun minat jugak siri kartun tu. Kebetulan bercakap tentang Doraemon ni, harni nak tanya Epi sesuatu. Ada tak teknik tertentu yang memboleh kan kita kesan maklumat sender yang hantar e-mel pada kita.?"
" Setahu saya, mana boleh. Tapi apa kena mengena doraemon dengan soalan harni tu..?"
" Harni selalu terima e-mel dari sender yang menggelarkan dirinya Nobita. Entah dari mana dia dapat alamat e-mel Harni..."
"harni tak cuba tanya siapa diri dia?"
"Banyak kali dah, Epi. Tapi balik-balik dia reply dengan puisi jiwang dia tu,"
"Why not Harni cabar dia untuk meet face to face dengan Harni?"
"Takutlah Harni . Mana tahu dia psiko ke?"
"Tak mungkin lah..."
HAI NOBITA
SAYA NAK JUMPA AWAK , ITU PUN KALAU AWAK BERANI
BERDEPAN DENGAN SAYA. KITA JUMPA DI DOME CAFE, KLCC
HARI SABTU NI PUKUL 2.00 PETANG. SAYA PAKAI JAKET DENIMS
WARNA BIRU DAN TUDUNG YANG ADA CORAK BUNGA MAWAR
BERWARNA BIRU GELAP . HARAP AWAK BERSEDIA MENYAHUT
CABARAN SAYA. SEE YOU SOON.
Puas hati aku! Mesti dia tak berani punya, desis Harni dalam hati. Tiba-tiba, inbox e-mel nya didatangi sepotong nama . Lagi sekali nama Nobita terpapar di skrin komputer. Amboi, aktifnya mamat ni! Baru hantar dia dah balas , ujar Harni separuh berbisik.
Istimewa Untuk Dorayaki
Undangan mu satu penganugerahan.... persis diri diambang
dunia khayalan...... Tidak ku sangka bakal terjadinya pertemuan
Kerna ku kira kita tidak sepadan..... Dirimu rupawan lagi menawan
Sedangkan aku hanyalah seoran insan.......... Namun jemputan mu
melonjak perasaan......... Hatiku mekar berbunga keceriaan.......
Bertemu dengan mu, wahai idaman........Seperti yang terpatri
dalam perjanjian........ walau seribu halangan menghalang perjalanan
Kehadiran ku pasti, hanya nantikan........
Ikhlas Nobita.
Harni terdiam sejenak . Hatinya meronta- ronta kekesalan kerana sumbu semangat yang meniupkan api keberaniannya untuk menghadapi pertemuan itu seolah-olah terpadam. Dia cuba menenangkan mindanya yang berserabut tidak tentu fasal. Mujurlah kehadiran ain tepat pada waktunya, mengurang kan kekalutan yang dihadapinya...
bersambung......
No comments:
Post a Comment