Saturday, 2 April 2011

Fakta menarik tentang filem tamil

1). Heronya laangsung tidak menunjukkan kesakitan walaupun ditumbuk dan dipukul bertalu-talu oleh musuhnya, tapi bila si heroin cuba mencuci lukanya itu, terus aja...."adihh, adihhhhhhhh!!!!"

2). Hero tidak jatuh cinta pada heroin (begitulah sebaliknya) kecuali selepas mereka menari di dalam hujan.!

3). Selepas disapu ke muka, mekap heroin takkan luntur sekalipun badannya basah kuyup ditimpa hujan dan ribut petir.

4). Sepasang kekasih menari di tengah padang yang luas terbentang, tapi eh... tiba-tiba saja ada 100 orang lelaki dan perempuan muncul di belakang mereka, terus menari mengikut rentak dan gerak yang sama . Misteri betul.... dari mana datangnya 100 orang itu??

5). Di akhir filem, sang hero mendapati penyangak yang di musuhinya selama ini adalah abangnya sendiri, orang gaji yang manjakannya adalah emaknya, ketua inspektor polis(inspektor Shahab) adalah bapanya, pendakwa raya itu sepupunya, hakim adalah bapa saudaranya ... begitulah seterusnya, seterusnya dan seterusnya.

6). Dalam setiap filem mesti sebut perkataan-perkataan inggeris  ini, iaitu No problem!, My god!, Get out!, Impossible!, Please forgive me!, dan perkataan perkataan itu disebut dengan kuat.

7). sepasang kekasih bergolek-golek-golek-golek di atas tanah sambil menyanyi tapi tiba-tiba bangun dengan pakaian yang lain pula!

8). Mereka boleh berlari keliling pokok kelapa, berkejar-kejaran di atas bukit sambil menyanyi, bertentang mata, menjeling-jeling dan tukar pakaian dalam waktu yang cukup singkat tanpa menunujukkan rasa penat!

No comments:

Post a Comment